Sabtu, Disember 03, 2011
10 Perisian Bermanfaat Yang Percuma
Sila taip nama perisian (yang diboldkan) berikut pada ruangan "Search.."
01. AVG Anti-Virus Free Edition 2011 - Melindungi sistem komputer anda daripada serangan virus dan program yang dicurigai.
02. Free You Tube To MP3 Converter - tukarkan format video lagu daripada You Tube kepada format MP3.
03. You Tube Downloader - muat turun video daripada You Tube dan tukar kepada format-format yang lain.
04. Camfrog Video Chat - sertai 'live video chat room' daripada seluruh dunia.
05. Malwarebytes Anti-Malware - mengesan dan menghapuskan ancaman terhadap sistem komputer.
06. PhotoScape - mengedit gambar, letak bingkai gambar.
07. Advanced System Care Free - menjaga dan membaikpulih sistem komputer.
08. Team Viewer - untuk berkongsi desktop komputer anda dengan orang lain / komputer lain.
09. Mozilla Firefox - Perisan Pelayar Web.
10. My Video Converter - tukar format video, extract track audio.
Jumaat, Jun 04, 2010
Dapatkan Semula File Yang Terdelete Dalam Pen Drive

Pernah terdelete dokumen, gambar, fail tertentu? Jangan risau. Recuva (sebutan "Recover") adalah perisian yang admin akan sarankan kepada korang semua untuk mendapatkan semula file korang yang hilang.
Sama ada korang terdelete dokumen, gambar atau fail-fail lain di komputer mahupun pendrive korang, recuva mungkin boleh mengembalikannya. Jika bernasib baik, keadaan gambar atau fail tersebut akan wujud seperti yang asal.
Selain kelebihan tersebut, recuva juga adalah percuma dan mempunyai saiz yang kecil untuk korang muat turun.
Cara menggunakannya amat mudah :
1. Selepas muat turun dan install, korang perlu mengklik ikon di desktop korang dua kali untuk run program tu.
2. Pastu, korang pilih drive apa yang hendak di'recover' atau diselamatkan atau dikembalikan. Jika pendrive, pilih drive untuk pendrive korang.
3. Kemudian klik Scan. Tunggu sehingga Recuva selesai mengimbas drive tersebut.
4. Senarai fail yang boleh diselamatkan akan terpapar. Pilih fail yang berkenaan, dan klik Recover untuk kembalikan fail tersebut.
5. Lihat direktori tempat korang recover tadi untuk fail yang berjaya diselamatkan.
Banyak perisian seperti ini di internet, tetapi kebanyakkannya adalah berbayar. Cuma klik di sini untuk website memuat turun perisian tersebut, dan Klik "Download".
Antara perisian lain yang setara kegunaan seperti ini ialah Recover My Files, Get Data Back dan lain-lain lagi.
OK, selamat mencuba dan semoga berjaya.



